Sejarah/History

CORETAN CATATAN SEJARAH UMANG UMANG CHALET INI HANYA UNTUK KENANGAN ABADI. SEMUGA APA YANG DIRANCANG, DISUSULI DENGAN SEDIKIT REZEKI AKAN DIBERKATI DAN BERJAYA DILAKSANAKAN JUGA AKHIRNYA














 1.0  Pencarian Sekeping Tanah Tepi Pantai     

Hari ini pada bulan Ogos 2008 timbul minat untuk mencari se bidang tanah tepi pantai di sekitar kawasan Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Teluk Gong membawa ke Pantai Kuala Linggi Negeri Melaka. Kawasan yang ditemui majoritinya tidak termampu untuk dibeli kerana harganya terlalu tinggi. Selain daripada itu, tanah-tanah di kawasan ini kesemuanya berstatus MCL ( Malay Cultural Land ) juga banyak penama dalam satu geran. Amat sukar untuk urusan jual beli serta pindah milik. Setelah melalui tempoh pencarian lebih kurang tiga tahun dan telah melalui sekurang-kurangnya dua kegagalan, tanah Umang-Umang Chalet ditakdirkan akhirnya dapat dibeli pada sekitar bulan Julai 2011.


Kawasan Pantai Julai 2011

Kawasan Pantai Julai 2011


Inilah rupabentuk kawasan pantai tanah tersebut pada masa ianya dibeli. Dikhabarkan juga oleh penduduk kampung sekitar, bahawa pantai ini juga dikunjungi penyu untuk bertelur, terutamanya pada bulan April membawa ke bulan Oktober tiap-tiap tahun.


2.0 Perancangan Pembangunan Chalet

Sejujurnya, tiada rancangan teratur untuk memulakan kerja-kerja pembinaan chalet. Niat dihati hanya ingin membersihkan tanah dan kemudiannya dipagar supaya nampak menarik dipandang mata.Kedapatan pokok-pokok besar untuk dipotong dan dibersihkan. Satu masaalah dari segi kewangan untuk membawa masuk jentera berat bagi melaksanakan tugas ini. Seperti orang mengantuk disorongkan  bantal, ada pula hamba Allah yang mahu membantu memunggah kayu-kayu tersebut dari tapak dengan tukaran kerja-kerja pembersihan  kawasan dilakukan secara percuma. Pertengahan bulan Ogos 2011 bermulalah kerja-kerja
pembersihan tapak chalet.

Kawasan asal tapak chalet Julai 2011

                                                Keadaan asal sebahagian pantai Julai 2011


PEMBINAAN PROJEK U2C FASA 1
( Mula 19 Ogos 2011 - Siap dan beroperasi 19 Mei 2012 )

Kerja-kerja pembersihan tapak menggunakan
  excavator dan lori pengangkut dimulakan pada
       Ogos 2011


Keadaan tapak akhir Ogos 2011
 Sedang dalam proses pembersihan tapak,  timbul pula cadangan, alang-alang sudah dibersihkan lebih baik dibina chalet untuk sama-sama membangunkan kawasan ini.



    September 2011. JCB dibawa masuk ke tapak
      untuk kerja-kerja pembersihan selanjutnya  

     Setelah pelan tapak dan pelan bangunan siap di
rekabentuk, kerja-kerja merata tanah dan merata tapak
         bangunan dimulakan pada awal bulan September 2011.





Kerja-kerja tapak siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2011.
Tapak untuk bangunan sahaja dibersihkan dan diratakan.
Pohon-pohon besar dikawasan pantai ditinggalkan serta dikemaskan
untuk teduhan juga berfungsi menghalang tiupan angin kencang serta hakisan.

3.0  Pembinaan Fasa 1 mengandungi sebuah restoren/pejabat, dewan serba guna dan 25 buah chalet standard.

Perkara pertama yang dilakukan untuk memulakan kerja pembinaan adalah dengan mendapatkan kelulusan dari pihak berwajib, dan seterusnya membia sebuah setor pelbagai guna serta urusan penyambungan utiliti air dan api ketapak bina. Pekerja mula berkerja di tapak pada 8.11.2011.
Dijangkakan pembinaan kasar akan dapat disiapkan pada bulan April 2012. Sekiranya tiada apa-apa aral melintang, dijangkakan chalet akan dapat beroperasi pada awal bulan Jun 2012

Setor siap dibina ( 1.11.2011 )

 Bahan-bahan binaan


 Tapak dan dinding bangunan restoren/pejabat

Dinding restoren/pejabat
 Gambar kemajuan ( 15.11.2011 )

 Gambar kemajuan 1.12.2011
Dinding sebahagian chalet sedang dibina

Gambar kemajuan pembinaan unit-unit chalet (1.12.2011)

                            Gambar kemajuan 1.12.2011                            
                     Dinding restoren/pejabat siap dibina                    

 Gambar kemajuan pembinaan restoren (12.12.2011)


Gambar kemajuan pembinaan unit-unit chalet ( 12.12.2011 )

 Lapuran selanjutnya akan dimuat turun dari masa kesemasa

Kemajuan pembinaan chalet 21.12.2011

 
 Pekerja sedang membancuh simen 21.12.2011


 Bangunan restoren 21.12.2011
 Bangunan restoren 21.12.2011


 Pekerja sedang menaikan tiang bangunan chalet 21.12.2011
 Restoren dan chalet 31.12.2011

 Bangunan chalet 31.12.2011

 Bangunan restoren dan chalet 31.12.2011

Gambar kemajuan pembinaan keseluruhan 31.12.2011, iaitu selapas dua bulan pembinaan.
Selamat menyambut tahun baru 2012. Semuga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan yang Maha Esa. Terima Kasih.






                               Gambar kemajuan kerja-kerja pembinaan diambil pada 16.1.2012
Semuga tahun 2012 membawa keceriaan kepada semua.Wasallam

Kerja-kerja tampal batu pada tiang chalet

Gambar kemajuan kerja-kerja pembinaan di ambil dari sudut sisi bangunan chalet






Gambar-gambar kemajuan pembinaan diambil pada 23.1.2012 sebagai catatan






Gambar kemajuan pembinaan diambil pada ( 29.1.2012 )


Di bawah adalah gambar-gambar kemajuan yang diambil pada (15.2.2012)
Makin menuju kepada penyiapan pembinaan projek. Seterusnya perlu dipertingkatkan kerja-kerja luaran dan perabut dalaman.
Bangunan restoren siap dilepa.

Bangunan chalet 10 unit juga siap dilepa

 Bangunan chalet 10 unit juga telah siap dan dalam proses kerja-kerja lepaan

Pembinaan tembok pemisah

 Pandangan dari dalam restoren kearah pantai

 Bangunan chalet 4 unit siap dilepa

 Pandangan 20 buah chalet

 Pandangan dari 10 unit chalet ke arah pantai

 pandangan satu lagi 10 unit chalet ke arah pantai

 
Pandangan dari belakang restoren, 4 buah chalet dan 10 buah chalet.
Kemajuan pembinaan UmangUmang Chalet direkodkan pada 15.2.2012.


Gambar kemajuan kerja diambil pada 7.3.012






Kerja-kerja chat bangunan, pasang jubin dan pasang siling sudah mencapai 50%.
Keseluruhan kemajuan pembinaan pada tarikh 7.3.2012 melebihi jadual. Sekiranya tiada apa-apa aral melintang pembukaan operasi dipercepatkan ke tarikh 15.3.2012 Insaalah.

Gambar-gambar kemajuan pembinaan diambil pada
25.3.2012 sebagai catatan dalam sejarah pembinaan
Umang-umang Chalet.














Wajah Umang-umang Chalet telah banyak berubah setelah pembinaan melewati
jangkamasa hampir lima bulan. Insaalah semuanya akan dapat disiapkan akhir April.
Persiapan hiasan dalam dan landscape mungkin berpanjangan sehingga pertengahan
Mei. Operasi Insaalah bermula pertengahan Mei 2012. Asalamualikum


























Gambar-gambar kemajuan terkini yang sempat dirakamkan untuk
catatan sejarah Umang-umang Chalet. Dirakamkan pada 15.04.2012

Hari ini tanggal 13hb Mei 2012 ( Yang Jatuh Pada Hari Ibu Tahun Ini ) siaplah sudah fasa peminaan Umang-Umang Chalet. Walaupun pada awalnya dirancang untuk pembinaan 25 unit chalet, sebuah restoren / kiosk/pejabat  dan sebuah dewan serbaguna, tetapi along the way ada sedikit perubahan dilakukan maka apa yang disiapkan pada hari ini adalah seperti berikut.

18 unit chalet standard, 4 unit chalet deluxe dan 2 unit chalet family. Pembinaan Restoren dan dewan  masih kekal seperti dirancang awal-awal lagi.Manusia merancang, ketentuan hanya Yang Esa menentukannya.
Pcb bersyukur kerana dalam perjalanan melaksanakan pembinaan chalet ini banyak perkara dapat dipermudahkan dengan bantuan semua yang terlibat. Akhirnya inilah rupa Umang-Umang Chalet yang sudah siap sepenuhnya. 

 chalet

 papan tanda chalet

  pintu utama

 varendah

 dewan

 laluan ke unit chalet




unit family

  unit deluxe


unit standard

 restoren

 dari jendela unit family

 bilik air chalet

 bilik deluxe

bilik standard
Suatu fasa sejarah bagi diri Pcb. Selepas ini perlu dipastikan ianya terpelihara dengan sebaik mungkin dan sentiasa mencari idea penambahbaikan dari masa kesemasa.

Pembinaan fasa 1 bermula 19hb Ogos 2011, siap dan beroperasi pada 19hb Mei 2012,  mengandungi:-

18 bilik Standard, 4 bilik Deluxe, 2 bilik Famili, sebuah Dewan Terbuka dan sebuah Restoran

----------------------------------------------------------------------------------------------------



PEMBINAAN PROJEK U2C FASA 2
( BERMULA 19HB SEPTEMBER 2012- SIAP...................)

(19hb September 2012)
Sejarah Umang Umang Chalet masih berterusan. Tarikh 19bh seakanakan ada keserasian. Sepertimana yang pcb coretkan sebelum ini, pembangunan dan penambahbaikan Umang Umang Chalet akan berterusan sekiranya ada ruang waktu dan ada ruang budget. Pada tarikh ini juga Umang Umang Chalet memulakan projek kecil kecilan pembinaan dua blok toilet dan tempat mandi bagi campers termasuk pembinaan 3 buah wakaf ditepi pantai untuk kegunaan semua pengunjung Umang Umang Chalet . Pembinaan teratak Umang Umang bersebelahan restoran untuk anak cucu, kawasan riadah berbumbung disebelah restoran, rumah burung, tapak kemah 5 buah, dinding serta tangga kawasan pantai dan 10 unit chalet tambahan 2 tingkat. Kesemua event akan pcb catitkan sebagai lipatan sejaran Umang Umang Chalet.

19hb. September 2012 bermulanya pembinaan dua blok toilet untuk lelaki dan perempuan
berserta tempat mandi untuk campers serta tiga buah wakaf tepi pantai untuk BBQ
dan lain lain kegunaan bersantai.Tapak toilet dibena pada penghujung tanah Umang Umang Chalet.
Diharap aktiviti pengunjung nanti boleh di dilebarkan hingga kekawasan ini.

Bermulanya pembinaan camper's toilets

Tapak wakaf


Tapak 10 unit chalet tambahan


Di atas pokok ni lah akan dibena Teratak Umang Umang untuk anak cucu

Bangunan tambahan untuk ganti payung . Payung selalu diterbangkan oleh angin.

Lokasi yang sama. Tempat santai di kawasan restoran akan dibena bumbung kekal.


Tapak rumah burung


(28hb September 2012)
Pada tarikh ini, seperti lazimnya pcb rakamkan kemajuan kerja-kerja pembinaan Toilet, Wakaf dan berkemungkinan bangunan chalet tambahan di page ini. Kind of Before / After senerio. Nantinya at least boleh dicatit sebagai catatan sejarah Umang Umang Chalet. Boleh dieksess oleh anak cucu dan sesiapa sahaja yang berminat berkongsi pengalaman dalam bidang pembangunan berkaitan.

Kawasan wakaf belum berusik

kawasan 10 unit chalet belum berusik


(4hb November 2012)
Catatan kemajuan pembinaan bangunan toilet dan tempat mandi untuk campers kemudian hari masih berterusan. Pembinaan dilakukan dengan kadar paling santai, sedikit demi sedikit. Pokcik rakamkan kemajuan terkini untuk rakaman hari ini dalam sejarah. Kalau dulu dulu kita simpan gambar kenang-kenangan dalam album tapi kini teknologi membolehka kita simpan dalam laman blokspot.

Pembinaan seterusnya 50% siap


( 25hb November 2012 )
Kemajuan pembinaan kemudahan di tepi pantai sebelah sempadan hujung kawasan sedang diteruskan. Ini pokcik fikir boleh memenafatkan kawasan pantai yang sebelum ini macam terbiar untuk diperindahkan supaya pegunjung dapat bersantai hingga kekawasan ini dan juga untuk campers.
Bangunan tempat mandi dan toilet sudah hampir siap.

Bangunan toilet sudah hampir siap

3 buah wakaf sudah mula dibena. Guna batang nibong sediaada untuk jimat kos ma.
Pembinaan berdikit-dikit mana yang termampu dahulu. Nanti-nanti Insyallah ada bebenda lainya pokcik tambah sekiranya budget mengizinkan. Pemandangan Before untuk kawasan wakaf. May be next year pokcik dapat gambar kawasan ini after siap pembinaannya kelak.

pembinaan wakaf sedang rancak dilaksanakan


 (Catatan Sejarah Penambahbaikan kemudahan Umang Umang Chalet di rakamkan pada 2hb. Desember 2012)

Bangunan toilet untuk campers sudah siap. Hanya tinggal painting works sahaja yang belum disiapkan.

 Teratak Umang Umang di atas pokok di hadapan Restoran sedang dalam pembinaan.

Kayu terpakai digunakan untuk bina Teratak U2C

Lantai bangunan dari bahan papan diguna pakai untuk Teratak U2C

Wakaf 3 buah di tepi pantai hujung pantai kawasan Umang Umang Chalet
sudah hampir siap.

Tapak khas untuk letak kemah juga sudah hampir siap.

Pembinaan tembok batu untuk menahan hakisan pantai juga
 diusahakan untuk penambahbaikan pantai Umang Umang Chalet.



 ( Catatan sejarah Umang Umang Chalet di rakamkan pada 15hb. Des 2012 )
Bangunan Teratak Umang Umang sudah 50% siap. Bangunan kayu pertama kali di serapkan untuk komplek Umang Umang Chalet. Macam ok jugak bila dikaji dari segi kos dan tempuh pembinaan. Agak viable untuk di fikirkan untuk tambahan bangunan dimasa akan datang.


 Wakaf 3 unit telah hampir 100% siap. Sudah mula dimanafatkan oleh
 pengunjung kerana bersebelahan dengan BBQ pit.

Pada tarikn ini, kawasan tapak ini akan mula dibersihkan dan bermulanya
pembinaan 10 unit bangunan chalet tambahan.

Kawasan tempat duduk restoran terbuka dan berpayung terpaksa di buat atap
secara kekal kerana masaalah angin yang selalu menerbangkan payung .


( Catatan Sejarah Umang Umang Chalet di rakam pada
 31hb. Des 2012 )
Teratak U2C hampir siap sepenuhnya

Painting works masih belum sempurna

Touching up works in progress

Wakaf cum tempat letak kemah sudah disiapkan

Still on progress. Tapak perkemahan

Kawasan perlu turfing

Pembinaan 10 unait chalet tambahan sudah bermula


( Catatan sejarah seterusnya di rakam pada 2hb. Jan. 2013 )
Penambahbaikan kawasan persekitaran Umang Umang dalam pembikinan
Tapak bangunan tambahan

Teratak U2C sudah hampir 100% siap


Teratak U2C, pandangan dari restoran


Tanga, pelantar restoran dan covered tempat asalnya payung sudah
hampir siap.


Pelantar tempat duduk restoran.


Tapak covered restoran juga sudah hampir 100% siap


Pembinaan 10 unit chalet berterusan


Wakaf , tapak perkemahan dan toilet untuk perkemahan dh pun siap


( Catatan sejarah seterusnya di rakam pada 5hb. Feb. 2013 )
Bangunan Teratak U2C 100% siap


Teratak U2C


Permanent Covered area  daripada dahulunya guna payung.

Siap sepenuhnya.


Pelantar restoran 100% siap



                                ( Catatan sejarah seterusnya di rakam pada 30hb. Mac 2013 )



                              10 unit chalet tambahan pembinaannya berterusan


                               Kawasan camp site, wakaf dan chalet Cottage Unit


( Catatan sejarah berterusan, dirakam pada 22hb April 2013 )
Macam nampak makin ok aja bangunan ini. Berkonsepkan seperti design yang dulu,
cumanya ianya 2 tingkat.Macam sekejap aja dh pun hampir siap.
yang lain remain the same. Nanti kalu dah semuanya siap ambik gambar in total dan
 catitkan disini sebagai lipatan sejarah dan kenangan abadi.
 


Pembinaan Fasa 2 sudah siap sepenuhnya.
pada 19hb Julai 2013

  Dah pun siap 19/7/2013


Veranda 10 unit Sea View units


5 Cottage Units

Camping Site

Mini Zoo

Male and Female toilet/shower

Dedicated parking Fecilities

Seterusnya Insyallah Dewan Tertutup, Tempat santai baru, Quarters pekerja, Surau,
 Landscaping works dan kesemua kawasan dan Swimming pool.
Semuga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..


Catatan sejarah seterusnya bermula dari 
tarikh 19hb Ogos 2013

Kawasan dihadapan Chalet Sea View dua tingkat .
Dalam proses nak di elokan dengan hard landscape dan tempat permainan
 khusus untuk kanak-kanak

Hujung kawasan berdekatan dengan chalet cottage nak buat gelangang
bola tampar pantai serta tempat permainan untuk hari keluarga dan hard landscape.

Belakang dewan terbuka sedang bena secara kecilan
Tempat santai baru untuk pengunjung sambil minum petang dan
bersantai di waktu malam.

Pembinaan sudah pun dimulakan. Guna barang barang lebihan dan kayu
yang di dapati di tepi pantai di bawak ombak ke Pantai Umang-Umang Chalet.

Kawasan masuk dan dedicated parking lots masih perlu ditambah baik.
Banyak yang masih perlu di usahakan untuk kawasan ini.


 Catatan pada 31hb Ogos 2013 Hari Kemerdekaan 

Kawasan aktiviti game hari keluarga .. sudah diguna pakai walaupun
belum siap sepenuhnya

kawasan padang permainan dalam pembikinan

Lokasi santai terkini on going. Hula Hula mcm Hawii

Parking area half cook sudah di guna pakai.

Catatan seterusnya akan menyusul








9 comments:

  1. Impressive...sesuai untuk keluarga bercuti & unwind.
    Congrat

    ReplyDelete
  2. Kawan2.

    Terima kasih kerana sudi singgah disini.Dilain waktu mungkin bisa ketemu.Insallah

    ReplyDelete
  3. Memang best gila. Seronok baca lipatan sejarah ni. Mudah2an biz ini berkekalan agar dapat dikongsikan bersama kejayaannya.

    Amin.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah kami akan ke sana untuk menikmati suasana desa dan pantai..

    ReplyDelete
  5. Salam....
    Kami baru saja pulang dari family day di Umang umang chalet.
    Memang best...
    Tempat yg paling saya suka sekali... Duduk di atas dahan pokok kat tepi pantai tu...hihihihi..

    ReplyDelete
  6. Para sahabat handai pokcik dan pembaca blogspot pokcik yang dikasihi.
    Pokcik paling happy sekiranya dapat berkongsi pengalaman kepada yang sudi bersembang. Mana-mana yang dapat dikongsi untuk memajukan diri dan generasi akan datang kita share. Semuga anda semua berolih kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi.Insyallah,

    ReplyDelete
  7. salam...saya baru sahaja berkunjung dan melawat tapak sebentar tadi...bagi yang inginkan privasi, saya memang cadangkan bercuti di sini untuk hilangkan tekanan di samping menikmati ketenangan di sini. Sudah tiga tahun saya mencari rezeki di kawasan sekitar ini dan saya rasakan inilah tempat santai yang terbaik berbanding yang lain...

    ReplyDelete
  8. Assalam...terasa ingin sekali berkunjung ke sini dalam masa terdekat...insyaallah ..masih dalam perancangan...
    suami pun memang suka memancing.....

    ReplyDelete